Thursday, September 10, 2009
frequently asked questions
Monday, September 7, 2009
laila al qadar
camne? dah bis khatam quran? hari ni dah 17 ramadhan kan. hari di mana diturunkan al quran [nuzul quran]. dan cuma tinggal lagi 13 hari untuk ramadhan meninggalkan kita. sedih sangat2 kan.. bulan yang penuh keberkatan akan berakhir. andai hayat kita panjang, boleh la jumpe next ramadhan, tp andai tak sempat?. so sementara ramadhan masih di sini, marilah kita sama2 mencari keberkatannya, memohon keampunan di pertengahan ramadhan ni dan sama2 mencari satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam al qadar [lailatul qadar].
Lailatul Qadr tersusun dari dua kata, lailah (lailatun) dan al-qadr. Lailah artinya malam, sedangkan al-qadr artinya asy-syaraf walizham (kemuliaan dan kebesaran).
Maka Lailatul Qadr artinya malam kemulian atau kebesaran, yang kemuliaan dan kebesarannya tidak ada bandingnya. Ia mulia karena terpilih sebagai malam turunnya AlQuran dan menjadi titik tolak segala kemuliaan yang dapat diraih.
Ada pula pendapat lain. Dalam kitab Tafsir al-Munir disebutkan, "Makna al-qadr adalah at-taqdir (penetapan). Dan Lailatul Qadr diberi nama demikian karena Allah Ta' ala menakdirkan pada malam itu apa-apa yang dikehendaki-Nya berupa penetapan-Nya sampai tahun mendatang mengenai urusan maut, ajal, rezeki, dan sebagainya."
Tapi bukankah ditakdirkannya segala perkara itu pada malam Nishfu Sya’ban? Jika timbul pertanyaan demikian, penjelasannya tertera dalam kitab Tafsir ash-Shawi Juz IV
halaman 320, "Maka jika engkau berkata 'Sesungguhnya ditakdirkannya segala perkara itu pada malam Nishfu Sya'ban', jawabannya, 'Permulaan takdir adalah malam Nishfu Sya'ban, dan diserahkannya kepada para malaikat adalah pada Lailatul Qadr'."
Ada pula yang mengartikan bahwa al-qadr adalah "sempit". Malam tersebut adalah malam yang sempit, kerana banyaknya malaikat yang turun ke bumi, seperti yang ditegaskan dalam surah Al-Qadr, "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan."
Ketiga erti tersebut pada hakikatnya dapat menjadi benar semuanya. Kerana, bukankah malam tersebut adalah malam mulia; yang bila dapat diraih ia menetapkan masa depan manusia, dan pada malam itu malaikat-malaikat turun ke bumi membawa kedamaian dan ketenangan?
Malam ke berapa ia hadir?
Mengenai pada malam keberapa kemunculannya di bulan Ramadhan, para ulama berbeza pendapat. Ada yang mengatakan, ia dapat muncul pada malam keberapa saja. Ada pula yang berpendapat, Lailatul Qadr itu berpindah-pindah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadhan. Pendapat lain mengatakan, ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir itu.
Ada juga yang mengatakan, di malam ke21. Ada yang berpendapat, di malam ke23. Ulama lain mengatakan, di malam ke25. Sebahagian yang lain mengatakan, di malam ke27. Dan ada pula yang berpendapat bahawa ia muncul di malam ke29.
Masing-masing memiliki dasar atas pendapatnya sendiri. Di sini disebutkan salah satunya, iaitu pendapat yang mengatakan bahawa ia muncul di malam ke27. Beberapa hadits dan isyarat menguatkan pendapat ini. Diriwayatkan dari Ibnu Umar RA, ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda, 'Barang siapa berusaha menuntutnya, hendaklah ia menuntutnya pada malam kedua puluh tujuh'." (HR Ahmad).
Apakah, bila Lailatul Qadr hadir, ia akan ditemui setiap orang yang terjaga (tidak tidur) pada malam itu, meskipun tidak mengisinya dengan ibadah?. Menurut keterangan-keterangan yang ada, malam ini tidak akan ditemui oleh orang-orang yang tidak mempersiapkan diri dan menyucikan jiwa menyambutnya. Kebaikan dan kemuliaan yang dihadirkan oleh malam ini tidak mungkin akan diraih kecuali oleh orang-orang tertentu saja.
Tanda2 lailatul qadar:
Mengenai tanda-tanda Lailatul Qadr, para ulama berbeza pendapat. Di antaranya, orang yang mendapati malam Lailatul Qadr melihat bahawa segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit bersujud kepada Allah. Ada juga yang mengatakan, tandanya adalah alam terang benderang walaupun di tempat-tempat yang gelap. Ada lagi yang mengatakan, orang yang mendapatkan malam itu mendengar salam para malaikat dan tutur katanya.
Sedangkan keterangan yang disebutkan dalam hadits adalah, pagi harinya matahari terbit dalam bentuk yang sangat putih bersih bagai bulan purnama, tidak memancarkan sinar yang keras, melainkan lembut saja. Siang harinya tidak terasa panas, padahal matahari sangat cerah, terang benderang. Udaranya sangat nyaman, tidak panas dan tidak pula dingin.
Untuk mendapatkan keutamaan malam ini dan memperoleh pahala seribu bulan itu, tidak disyaratkan kita mengetahui bahwa malam itu adalah Lailatul Qadr, melainkan cukup adanya mushadafah (yakni berkebetulan atau bertepatan). Ertinya, jika amal-amal ibadah yang kita lakukan ternyata bertepatan dengan malam itu, bererti kita telah mendapatkannya, meskipun kita tahu bahwa malam itu adalah Lailatul Qadr. Memang terkadang sebagian orang soleh "dibukakan" mengenai malam tersebut, tetapi itu tidak menjadi syarat untuk memperoleh pahala seribu bulan.
Untuk menghasilkan terbukanya malam yang diberkati ini, AI-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin juz I halaman 242 mengatakan, "Dan Lailatul Qadr itu sebutan untuk suatu malam yang terbuka dengan nyata padanya sesuatu dari Alam Malakut, dan ia itulah yang dimaksud dalam firman Allah, 'Sesungguhya Aku turunkan dia pada malam kemuliaan'. Barang siapa meletakkan di antara hati dan dadanya kantung makanan (ertinya memenuhi perutnya), ia terdinding darinya.
Dan orang yang mengosongkan perut besarnya pun belum mencukupi baginya untuk mengangkat hijab sebelum dikosongkannya gerak hatinya dari segala sesuatu selain Allah Azza wa Jalla."
Dalam rangka menyambut kehadiran Lailatul Qadr itu, yang Nabi SAW ajarkan kepada umatnya antara lain adalah melakukan i'tikaf di masjid. Walaupun dapat dilakukan bila2 saja dan dalam waktu berapa lama saja (bahkan ada yang mengatakan, walaupun hanya sesaat selama ada niat yang suci), baginda selalu melakukannya pada sepuluh hari terakhir bulan puasa. Di sanalah baginda bertadarus dan merenung sambil berdoa.
Lailatul Qadr yang ditemui atau yang menemui Nabi SAW pertama kali adalah ketika baginda menyendiri di Gua Hira, merenung tentang diri baginda dan masyarakat. Ketika jiwa baginda telah mencapai kesuciannya, turunlah ar-Ruh (Malaikat Jibril) membawa ajaran dan bimbingan kepada baginda, sehingga tejadilah perubahan total dalam perjalanan hidup baginda, bahkan perjalanan hidup umat manusia. Jadi, kalau kita ingin mendapatkan perubahan yang lebih baik dalam kehidupan kita, marilah kita manfaatkan kehadiran malam mulia ini sebaik-baiknya.
doa lailatul qadr:
satu hari yang pasti
Tiada siapa yang memberitahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang berkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi.
Cuba kita renungi bait-bait lagu ini. MATI? Pernahkah terdetik di hati kita bagaimanakah ajal kita nanti? Adakah kita akan mati dalam husnul khotimah atau sebaliknya.
Firman Allah yang bermaksud; “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.” (Surah Al-A’raf: 34)
Tiada satu makhluk pun yang mengetahui bilakah ajalnya akan tiba. Mungkin esok, lusa, atau mungkin sesaat sahaja lagi. Hikmahnya supaya kita sentiasa mengabdikan diri kepada Rabbul Jalil.
Marilah kita muhasabah diri kita kembali, berapa peratuskah dalam hidup ini, kita telah habiskan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan berapa banyakkah masa yang telah hati kita telah lalai dari mengingati-Nya.
Mungkin adakalanya kita menangis kerana terlalu rindukan keluarga di Malaysia, ataupun sesorang tercinta tetapi pernahkah kita menangis kerana amat rindu untuk berjumpa dengan Khaliq yang telah mencipta dan melimpahkan segala nikmat-Nya pada kita.
Para solihin tidak langsung berasa takut untuk mati kerana merasakan bahawa mati itu adalah syarat untuk mereka berjumpa dengan kekasih yang mereka cintai, Rabbul Izzati. Mereka sentiasa menantikan dan merindukan detik-detik pertemuan dengan Allah S.W.T. Berbeza dengan sesetengah daripada kita yang takutkan mati kerana tidak mahu kehilangan nikmat hidup di dunia yang fana.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah Al-Munafiqun: 9)
Justeru itu, marilah kita mempersiapkan diri untuk menghadapi ‘SATU HARI YANG PASTI’ itu. Perbanyakkanlah solat sunat, qiamulail, membaca Al-Quran, bersedekah serta menghadiri majlis ilmu. Sujudlah memohon keampunan Allah dan bertaubat pada-Nya. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba-hamba-Nya.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Imran: 133)
Sebelum kita tidur pada setiap malam, cubalah fikirkan, “Kalaulah aku mati ketika aku sedang tidur, apakah nasibku? Sudah langsaikah segala hutangku dengan Allah, manusia dan makhluk-makhluk yang lain. Adakah matiku ini dalam keadaan diredhai oleh Allah ataupun sebaliknya?”
Sekiranya kita selalu berfikir tentang mati dan azab kubur, InsyaAllah kita akan merasa takut untuk melakukan maksiat kepada Allah kerana takutkan azab-Nya yang maha pedih.
Lebih baik kita menyesal dan menangis ketika ini daripada kita menyesal di alam barzakh kelak. Fikir-fikirkanlah dan hitunglah segala dosa kita. Hakikatnya, manusia adalah makhluk yang lemah, tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Namun ingatlah, Allah itu Maha Pengampun.
Berkata Imam Syafie ketika beliau sakit yang membawa kepada kematiannya: “Ketika hatiku menjadi keras dan pernafasanku sempit, aku menjadikan harapan untuk mencapai keampunan-Mu sebagai tangga. Dosaku sangat besar, namun ketika kubandingkan, ternyata keampunan daripada Tuhanku adalah lebih besar.”
Ayuh kita berfikir sejenak, sudah cukupkah amal ibadat kita untuk diadili di mahkamah Ilahi nanti? Semoga kita sama-sama dapat menjadi penghuni syurga yang abadi. Wallahua’lam.
Sunday, August 30, 2009
penjara marang
assalamualaikum buat sahabat-sahabiah yang ana kasihi..
entri ni ana tulis khas buat antum yang senantiasa mahu menghulurkan bantuan, pertolongan bagi yang memerlukan... cam ana skunk ni la.. ngah blur ni ttg proposal tesis ana.. ana kene submit sebelum 21/9..
crite bermulanya ana blur adalah apabila ustazah ana jugak merangkap bakal musyrif ana (nur salimah abu mansor) cadangkan ana wat tajuk berkait religiosity (penghayatan agama) seswai la ngan ana punye bidang (dakwah)..
pastu ustazah cakap lg ttg prison.. mmg menggerunkan.. siap bg cth subjek lg.. kes dadah.. ana ni org ganu, so ble ana pikir2 ganu ni de satu je prison iaitu kt marang.. so ana balik umah carik la maklumat ttg penjara marang tp malangnya teramat sedikit yg ana jumpe.. subjek kt penjara pun ana lum decide lg.. ana tak mau kes dadah.. kajian ni 2 thn.. takut la...
beberapa ari ana pikir de la decide tajuk tp subjek lum jugak jumpe.. tajuk yg ana bgtau ustazah ana iaitu _________ (rahsia antara kami la).. kang bgtau de yg kidnap tajuk ana.. hehe..
so ana nak2 la mitak tolong ngan antum yg mengetahui ttg penjara marang dan penghuni nye.. lau de blog ker, majalah ker, artikel ker.. yg berkaitan la.. leh tak bgtau ana.. ana skunk lum stat pun lg wat proposal.. da risau sgt2 nih.. lagipun bab2 penjara tak byk heboh lam intenet kan.. lau de tau ttg kajian terdahulu pun bagus gak..
antum tinggalkan komen au kt chat box ye.. sape yang kenal ana direct kat fon je ye.. ana amat menantikan pertolongan antum.. syukran sangat2 kat antum yang sudi tlg ana..
"PERJUANGAN bukanlah jalan yang singkat, mudah dan disambut dengan alunan kompang, atau dihampari dengan karpet merah.. Tapi ia adalah satu jalan yang hanya diambil oleh mereka yang sanggup mengorbankan harta, masa dan diri mereka bila sahaja diperlukan.. Jalan yang dipenuhi onak duri dan ranjau.. Dan mereka yang berada di atas jalan ini bukanlah mereka yang leka akan dunia yang fana ini.. Mereka sentiasa memastikan segala tindakan dan tingkah laku hanyalah utk membela PERJUANGAN ini.. Insyaallah.."
Tuesday, August 25, 2009
happy ramadhan
alhamdulillah tahun ini kita jumpe lagi ramadhan.. tapi tahun depan belum tentu lagi kan.. so hayatilah ramadhan..
Daun jingga berguguran itu,
Adalah saksi betapa penjiwa soleh,
Merungkai segala kehendak ammarah,
Bergelut.. meronta mendidik jiwa,
Terluluh lantak nafsu pendosa,
Suci umpama seri anak kecil,
Yang lahir dari rahim si ibu.
Hening syahdu subuh…
Menyinsinglah fajar Redha…
Terhiaslah hari seawal pagi,
Dengan permata zikruLLah,
Serta bait-bait indah KalamuLLah.
Angin dingin beku.. sejuk menerjah,
Adalah bukti betapa sang mukhlis,
Mengatur langkah-langkah zuhud,
Mundar-mandir hari ke hari,
Pergi dan pulang dengan tekad,
Menyahut seru Illahi.
Sepi malam gelap.. pekat gelita itu,
Menyimpan erat satu rahsia,
Berdamping satu dengan satu.. berlutut, tangan menadah..
Khusyu’ Tawaddu’,
Tangis hamba memohon ampunan,
Dari Yang Esa.
Wahai hati…..
Berjanjilah dengan Ramadhan,
Segala rahmah & maghfirah yang terperah dari-mu,
Bukan kerja sia-sia, bukan jua hiasan sementara…
Biar tersemai, kukuh..ampuh di lubuk sanubari,
Buat menempuh hari-hari mendatang.
Andai jiwa tidak lagi ketemu-mu…
Salam rindu teramat aku buat-mu….
Semoga lelah ku di malam-malam-mu,
Bisa sahaja buat aku tersenyum bila bersua tuhan...
Rabbul Alamin….
-aNas-
Ramadhan datang lagi,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Sejauhmana cinta pada Ilahi
Ramadhan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan tasbih, selawat dan tahmid suci.
Ramadhan,
Datangmu memang kunanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri ,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,
Allah Rabbbul’alamin.
Ramadhan,
Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,
Walaupun kau pasti akan pergi lagi,
Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,
Dan hanya akan datang menjengah kembali,
Dengan membawa malam seribu erti,
Pada tahun hadapan nanti.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Wa Marhaban Minkum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,
Melaksanakan Sunnatullah,
Menjauhi mungkar dan larangan Allah,
Agar.. biar lahirku nanti selepas Ramadhan,
Laksana bayi yang suci bersih,
Tanpa noda dan dosa.
Kiriman Baitie_Nur






