Friday, December 17, 2010

10 laluan





assalamualaikum buat sahabat2 sekalian.. selamat membaca dan moga same2 mendapat manfaat..

10 laluan yang bakal dilalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat, bagaimana memudahkannya?


LALUAN MENUJU KE KUBUR

~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji

b. Hindarkan perasaan irihati (benci)

c. Jangan terpengaruh dengan emas/perak

d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berak/kencing)


LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Bersihkan diri dengan bertaubat

b. Gembirakan hati orang Mu'min

c. Bayar semula kadha' yang tertinggal

d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala


LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Mengucap dua kalimah syahadat

b. Suka memberi sedekah

c. Berkata benar

d. Bersihkan dan perbaiki hati



LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat

b. Sucikan perkataan dan pakaian

c.. Bersyukur dengan yang sedikit

d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH


LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Jauhkan perkataan yang sia-sia

b. Pendekkan cita-cita dunia

c. Banyakkan puji-pujian kepda ALLAH

d. Banyakkan sedekah dan khairat


LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala

b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa

c. Berpegang teguh dengan hukum syara'

d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk



LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Banyakkan membaca al-Quran

b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu

c. Tinggalkan perkara yang maksiat

d. Jauhkan segala yang haram



LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh

b. Kasihi orang yang soleh

c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH

d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH


LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Kasihilah NAbi ALLAH

b. KAsihilah Rasulluah

c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH

d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.


LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH

b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH

c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH

d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya



Jadi renung-renungkan lah, sebelum terlambat dan sebelum kita di jemput oleh Allah, marilah sama-sama kita perbaiki amalan kita, dan bertaubat dari segala dosa yang telah kita lakukan, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka luas untuk kita.. semakin dekat kita pada Allah, semakin dekt jua Allah pada kita.. Mati itu tidak mengenal usia tua muda.. dan mati itu pasti.. ^_^

Sunday, December 12, 2010

sahabatku






Assalamualaikum buat sahabat2 tercinta.. Maafkan diriku kiranya kedatangan warkah yang tidak diundang ini mengguris hatimu. Kuluangkan masa mencoretkan apa yang termampu setakat ini sebagai peringatan dan tazkirah buat diriku dan dirimu yang kukasihi.


Sahabatku seperjuangan,


Keberadaan kita di bumi ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk mencari sebanyak mungkin ilmu Allah sebagai panduan hidup dan sebagai persiapan kita untuk menjadi pemimpin kepada generasi yang akan datang serta untuk meneruskan dakwah Nabi kita untuk menegak dan mempertahankan Islam di bumi Allah ini.


Sahabatku yang dikasihi,


Sama ada engkau sedar atau tidak masyarakat kita hari ini semakin hari semakin jauh menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.

Maksiat bermaharaja lela dimana-mana..


Orang yang berbuat maksiat pula tidak segan silu mendedahkan perbuatannya.

Apa yang kita tahu dan sedar ianya semakin hari semakin parah melanda masyarakat kita.

Apakah engkau hendak berdian diri saja melihat kemungkaran berlaku di depan matamu.

Apakah kau mahu masyarakat yang jahil dalam agama ini memimpin anak cucumu kelak?

Apakah kau mahu musuh-musuh Islam itu terus menerus menghancurkan Islam?

Dimanakah dirimu ketika itu?


Duhai sahabatku,


Tidak terdetikkah di hatimu tentang kemurungan umat Islam hari ini?

Mengertilah engkau bahawa mereka terkapai-kapai mencarimu,

meminta pertolonganmu di dalam kelemasan gelombang lautan kejahilan dan kemungkaran.

Tangan siapakah yang dapat dihulurkan untuk menyelamatkan mereka dari terus hanyut dalam gelombang ini?


Sahabatku seagama,


Tiada tangan lain yang dapat dihulurkan kepada mereka.

Kitalah yang akan menyelamatkan mereka.

Oleh itu bersiap sedialah kita dengan ilmu agar kita akan terus menyelamatkan mereka ini dan moga-moga kita tidak hanyut bersama-sama mereka kerana gelombang itu semakin hari semakin ganas dan buas.


Sahabatku,


Dalam mengharungi liku-liku kehidupan di alam buana ini,

sedarlah dan jadikanlah dirimu itu sebagai seorang pejuang yang akan sama-sama menyinarkan kembali Nur Islam,meneruskan perjuangan Nabi kita serta mencari keredhaan Allah.

Janganlah engkau leka dan cuai walau sesaat pun kerana musuh Islam tidak pernah berdiam diri mencari jalan untuk menghancurkan Islam.

Mahukah kau melihat mereka tersenyum puas melihat kejayaan mereka menghapuskan agama kita?

Sedangkan engkau leka dibuai keasyikan duniawi,langsung kau tidak sedari yang agama kau akan terus dimusnahkan.


Sahabatku dunia dan akhirat,


Mulakanlah langkahmu dari sekarang, bangunlah engkau dari lena yang mengasyikkan itu.

Tajamkanlah semula pedang Islam dan hunuslah ia di depan musuhmu dan belakangmu pertolongan Allah.

Berdoalah sahabatku, insyaAllah kita mampu menggoyahkan kekuatan musuh dengan keyakinan kita kepada Allah.

Di sini juga ingin ku utarakan sejarah silam kemenangan tentera Islam di zaman kegemilangan Islam suatu ketika dulu.

Rahsia kemenangan mereka ialah mempunyai kekuatan rohaniah yang tinggi darjatnya di samping kekuatan fizikal.

Bagaimana memperoleh kekuatan rohaniah ini,wahai sahabatku?

Sesungguhnya ia datang apabila kita sentiasa mentaqarrubkan diri kita dengan Allah.


Tentera-tentera Islam itu umpama singa yang kelaparan di siang hari dan seorang 'abid yang sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah mengharapkan pertolongan daripadaNya ketika insan lain nyenyak dibuai mimpi.

Begitulah wahai sahabatku sikap dan sifat seorang pejuang Islam. Ayuhlah amalkanlah dalam kehidupanmu.Moga-moga kau beroleh kemenangan dalam perjuanganmu.


Sahabatku,


Hanya sekadar ini coretan dariku buat tatapanmu sebagai tanda persahabatan kita. Semoga segala yang tercoret di warkah sepi ini mendapat keredhaan Allah. Wassalam alaikum. ^_^