Tuesday, December 29, 2009

segalanya padaMU





I feel your presence in the fresh breath in the early morning

In the smell of roses in the fertile nature


In the fruits of beautiful trees


In the white and pure snow over the mountains


In the four seasons of good giving


In the green fields which spreads infinitely


In the song of birds calling me to wake up for a new day


In the reflect of blue sky over the seas


In the mountains, hills, lakes, rivers and forests


You are everywhere we turn and every where we look


Your presence is here in all aspects of life


You are the One, the Merciful and the Great


You are our shadow in the heat


Our shelter in the rain and our sight in the darkness


How we can be lost when You are our Guide ?


How we can be in despair when You are our Hope ?


How we can be alone when you are our Companion ?


How we can be in need when You are our Answerer ?



(La Tahzan, Tariq Ahmed Alhlayel, December 27 2009)

Tuesday, December 1, 2009

terpisahnya roh dari jasad





assalamualaikum..

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri wahai Ummul Mukminin."



Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.


Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.




Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"


Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"


Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."


Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.


Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut."


Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."


Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."


Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."


Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."



Saturday, November 28, 2009

kiamat kecil 5




assalamualaikum..

Kematian adalah suatu peristiwa yang pasti di lalui orang setiap individu manusia. Apabila seseorang meninggal dunia, roh mereka akan keluar daripada jasadnya. Bagi orang-orang yang beriman, mereka akan menghadapi sakaratul maut dengan tenang dan mudah, dan sebaliknya bagi orang-orang yang tidak beriman. Seterusnya roh mereka yang beriman akan berbau harum dan wangi, manakala yang tidak beriman pula, roh mereka berbau busuk.




Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang menjelaskan keadaan roh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Baginda s.a.w menjelaskan bahawa seorang mukmin yang menghadapi sakaratulmaut akan datang kepada malaikat yang membawa sehelai kain sutera putih lalu berkata : Keluarlah, wahai roh yang bersih di dalam keadaan redha lagi diredhai kepada kegembiraan dan kepuasan dan Tuhan yang tidak murka.Maka roh itu akan keluar berbau wangi, lebih wangi daripada bau-bauan misk sehingga dia akan menyentuh setengah mereka kepada setengah yang lain, hinggalah dia dibawanya ke pintu langit. Para malaikat sekalian akan mengatakan : Alangkah wanginya bau-bauan yang datang dari bumi ini! Kemudian roh tersebut terus dibawakan kepada roh-roh kaum Mukminin. Manakala bagi roh orang kafir pula, apabila dia menghadapi sakaratulmaut akan datang kepadanya malaikat siksa dengan membawa kain guni yang kasar, lalu berkata : Keluarklah, wahai roh yang jahat di dalam keadaan dimurkai, dan pergilah kepada siksa Allah. Maka roh itu akan keluar berbau busuk seperti bau bangkai, sehinggalah di bawakan ke pintu bumi. Maka para malaikat berkata : Alangkah busuknya bau roh ini. Kemudian roh yang jahat tadi akan dibawa kepada roh-roh kaum kafir. (Hadis ini dari riwayat An-Nasa’i, Al-Bazzaar dan Muslim secara ringkas sahaja).


Maksud hadis ini jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara di antara roh-roh orang yang beriman dan roh-roh orang kafir. Namun, apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai “roh” itu? Ramai individu mengetahui bahawa apabila seseorang manusia meninggal dunia, rohnya akan keluar dari jasad. Tetapi, apakah sebenarnya roh itu? Sesungguhnya Allah S.W.T yang lebih mengetahui hakikat sebenar kejadian roh itu. Sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Isra’;

Maksudnya:“Mereka bertanya kepada engkau tentang roh! Katakanlah (wahai Muhammad!) bahawa roh itu adalah dari urusan Tuhanku dan kamu tiada di berikan pengetahuan mengenainya melainkan sedikit sekali” (Surah Al-Isra’ : 85)


Ayat ini jelas memberitahu umat manusia bahawa ilmu pengetahuan mengenai roh adalah terbatas bagi akal fikiran manusia. Kita sebagai umat Islam hendaklah mempercayai kejadian roh yang diciptakan yang akan terpisah dari jasad kita apabila tiba masanya nanti iaitu kematian. Kita wajib mempercayai bahawa roh akan menghadapi alam Barzakh dan alam akhirat yang lain seperti padang Mahsyar, titian sirat, serta syurga dan neraka. Alam Barzakh merupakan tempat persinggahan bagi setiap roh. Dalam erti kata lain, alam Barzakh merupakan satu dinding pemisah di antara dua alam (alam dunia dan akhirat) yang merupakan tempat tinggal bagi setiap roh sebelum tiba Hari Kebangkitan atau Hari Kiamat. Asal maksud Barzakh di dalam bahasa Arab ialah segala sesuatu yang memisahkan di antara dua perkara.


Roh-roh para mukminin akan berada di alam Barzakh yang luas dan penuh ketenangan dan kenikmatan. Sedangkan roh-roh orang kafir pula berada di alam Barzakh yang sempit, yang di dalamnya penuh dengan pelbagai kesulitan dan kesengsaraan. Firman Allah S.W.T yang menyebut mengenai kewujudan alam Barzakh juga jelas terdapat di dalam Al-Quranul Karim antaranya :

Maksudnya:
“Dan di hadapan mereka terdapat alam Barzakh, iaitu dinding yang membatasi hingga ke hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).” (Surah Al-Mukminun : 100)


Selain itu, setiap roh yang beriman terutamanya para syuhada akan beroleh kebahagiaan di alam akhirat iaitu balasan syurga yang penuh kenikmatan yang telah disediakan oleh Allah Taa’la. Ini adalah ganjaran yang dijanjikan Allah setimpal dengan apa yang dilakukan sepanjang hidup di dunia antaranya bersifat taqwa kepada Allah dan amal soleh. Manakala, keadaan sebaliknya bagi roh orang kafir. Mereka akan beroleh azab siksa di dalam neraka Allah S.W.T, diatas kekufuran dan kemaksiat yang dilakukan semasa menjalani kehidupan semasa di dunia dahulu.
Roh merupakan suatu perkara yang sukar untuk difahami di kalangan umat manusia, lebih-lebih lagi persoalan mengenai roh orang yang sudah meninggal dunia dengan roh orang yang masih hidup. Adakah roh orang yang hidup boleh bertemu dengan roh orang yang mati, atau sebaliknya? Dalil-dalil kepada persoalan ini amat banyak sekali terutamanya di dalam Al-Quran. Selain itu, perkara ini dapat dibuktikan melalui peristiwa-peristiwa tertentu seperti mimpi. Sebagai contoh, orang yang hidup kerap melihat orang yang mati di dalam tidurnya, lalu dia bertanyakan soalan kepadanya, maka orang mati itu memberitahu berbagai-bagai berita yang tidak diketahui oleh orang yang hidup tadi. Misalnya di dalam kisah Abdullah bin Umar bin Abdul Aziz berbicara dengan ayahnya yang sudah mati di dalam mimpinya. Beliau berkata : “Aku telah bermimpikan ayahku sesudah kematiannya, seolah-olah dia sedang berada di sebuah taman. Kemudian dia menghulurkan kepadaku beberapa biji buah epal. Maka aku takwilkan dengan mendapat seorang anak. Aku pun bertanya kepadanya : Amalan yang mana lebih utama? Jawabnya : Mohon pengampunan, wahai anakku!”


Firman Allah dalam Surah Az-Zuma:
"Allah (yang Menguasai segala-galanya), ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian ia menahan jiwa orang yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).(Surah Az-Zumar : 42)


Terdapat dua pendapat mengenai tafsiran ayat di atas. Pendapat yang pertama menyatakan bahawa “roh yang ditahan” itu ialah roh orang yang mati apabila tiba ajalnya, dan “roh yang dilepaskan” pula ialah roh orang mati di dalam tidur. Tidur juga merupakan kiamat kecil bagi setiap manusia selain kematian. Maksudnya, jiwa si mati itu ditahan dan tidak dilepaskan kembali kepada jasadnya sebelum tiba Hari Kiamat. Manakala orang tidur pula turut merasa “kematian” ( keluar rohnya ketika tidur) tetapi kemudian Allah melepaskan jiwanya kembali kepada jasadnya kerana belum tiba waktu ajalnya lagi, kemudian barulah dimatikan sekali lagi dengan kematian yang sebenar.


Pendapat yang kedua pula, menafsirkan bahawa kedua-dua roh yang mati dan yang hidup dimatikan melalui “kematian tidur”. Sesiapa yang telah cukup waktu ajalnya ditahan oleh Allah, dan tidak dilepaskan kembali kepada jasadnya. Dan sesiapa yang belum tiba waktu ajalnya, dilepaskan kembali kepada jasadnya oleh Allah S.W.T.


Pada hakikatnya, ayat ini boleh memberi dua makna yang berlainan, kerana Allah telah menyebut mengenai dua jenis kematian iaitu kematian tidur dan kematian maut (yang sebenar). Kemudian disebut juga tenteng penahanan roh yang sudah mati, dan pelepasan roh yang lain. Kesimpulannya, bahawa jiwa yang sudah mati itu memang ditahan oleh Allah, sama ada dia mati ketika tidur ataupun dalam keadaan berjaga. Manakala, jiwa yang masih belum mati dilepaskanNya kembali kepada jasadnya. Ayat ini juga membuktikan roh juga boleh ditahan dan dibebaskan bukan hanya orang yang hidup boleh berbuat demikian.


Kesimpulannya, roh merupakan perkara ghaib yang wujud di alam ini yang juga merupakan makhluk ciptaan Allah Taa’la. Namun, ilmu pengetahuan mengenai hakikat roh ini amat terbatas untuk akal seseorang individu. Hanya Allah sahaja yang mengetahui hakikat sebenar kejadian roh ini. Roh orang-orang yang beriman akan beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan dengan diluaskan kuburnya ketika di alam Barzakh di samping mendapat ganjaran syurga Allah S.W.T sebagai balasan kepada amal soleh dan ketaatan kepada perintahNya. Keadaan sebaliknya bagi roh yang tidak beriman. Mereka akan menerima siksaan dari alam Barzakh lagi dengan di sempitkan kubur dan mendapat neraka Allah S.W.T. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah hendaklah sentiasa mentaati dan mematuhi segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.



Thursday, November 26, 2009

kiamat kecil 4




assalamualaikum..

Setiap manusia pasti akan menemui ajal yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dalam catatan Loh Mahfuz-Nya. Ajal pasti akan menjemput setiap insan pada bila-bila masa dan tempat, walaupun kita cuba bersembunyi dan melarikan diri ke dalam benteng yang tinggi sekalipun. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam al-Qur'anul Karim;

Maksudnya:

“Di mana kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal) sekalipun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan jika mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah. Jika pula mereka di timpa bencana, mereka berkata: Ini adalah daripada (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) daripada sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?” (Surah An-Nisa’: 78)


Justeru itu, setiap muslim hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan mempersiapkan diri dengan amalan-amalan yang mencukupi sebagai bekalan menuju ke alam yang lebih hakiki iaitu alam akhirat. Persiapan awal amatlah penting bagi kita kerana peluang untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini hanyalah sekali. Tiada lagi peluang kedua untuk kita melakukan ibadah serta menjalani kehidupan seharian apabila seseorang muslim itu melangkah ke alam Barzakh.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa sesungguhnya orang paling bijaksana dikalangan umat Islam ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh sebelum menghadapi kematian, manakala orang yang paling lemah pula ialah orang yang terikut pujukan hawa nafsu dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud. Pengajaran yang boleh kita perolehi dari hadis ini ialah, seorang muslim yang bijak di dalam menjalani kehidupan di dunia ialah mereka yang sentiasa bermuhasabah diri dan melakukan segala ibadat dan amal soleh sebelum tiba saat kematian.


Sebaik-baik cara bagi orang yang beriman dan takut kepada kemurkaan Allah S.W.T ialah dengan sentiasa bermuhasabah diri. Salah satu cara yang terbaik ialah sebelum tidur, hendaklah kita merenungi semula apa yang telah di lakukan pada hari tersebut sama ada perbuatan yang mendatangkan pahala ataupun dosa. Kemudian, kita hendaklah memperbaharui taubat nasuha kita kepada Allah S.W.T. Selepas itu, barulah kita tidur dan berjanji tidak akan melakukan dosa-dosa yang sama lagi pada masa yang akan datang. Amalan bermuhasabah diri sebelum tidur ini hendaklah dilakukan pada setiap malam sebelum kita tidur supaya jika kita ditakdirkan mati pada malam itu, kita akan mati di dalam keadaan bertaubat, insyaAllah.


Rasulullah s.a.w ada menyebut di dalam hadisnya dalam Sahih Muslim dari riwayat Jarir bin Abdullah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya:
“Sesiapa yang menganjurkan di dalam Islam suatu perbuatan yang baik, maka dia akan memperoleh pahalanya dan pahala orang yang membuatnya sesudah dia mati tanpa dikurangi barang sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Dan sesiapa yang menganjurkan di dalam Islam suatu perbuatan yang buruk, maka dia akan memperoleh dosanya dan dosa orang yang membuatnya selepas itu tanpa dikurangi barang sedikitpun.”


Selain itu, Rasulullah s.a.w juga telah memberikan garis panduan yang amat berguna kepada umatnya melalui sabda baginda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dalam Sahih Muslim.:

Maksudnya:
“Apabila seorang manusia mati akan terputuslah daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara: amalan sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh yang mendoakan baginya”


Di dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w menyebut bahawa amalan-amalan utama yang dapat membantu roh seseorang muslim sesudah ia meninggal dunia ialah sedekah jariah, menimba ilmu pengetahuan dan doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya. Ketiga-tiga amalan ini merupakan amalan-amalan yang perlu dilakukan sebagai bekalan amal yang bakal dibawa menuju ke alam baqa’.


Amalan sedekah jariah atau mendermakan seluruh atau sebahagian harta pada jalan Allah S.W.T merupakan perkara yang amat digalakkan kepada umat Islam. Islam mengajar umatnya supaya tidak bersifat sombong dan tamak terhadap kemewahan dan harta yang dimiliki, sebaliknya kita hendaklah bersifat dermawan terhadap mereka yang fakir dan kurang bernasib baik di samping sentiasa bersedia membelanjakan harta demi memartabatkan agama Islam yang tercinta. Allah S.W.T juga ada menyebut di dalam Al-Qur'an mengenai kepentingan membelanjakan harta pada jalan-Nya. Firman Allah Taa’la:

Maksudnya:
“Belanjalah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan agama Allah) dan jangan kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersifat bakhil). Baiki (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesunggguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbanyakkan amalannya" ( Surah Al-Baqarah:195 )


Membelanjakan harta pada jalan Allah bukan hanya membelanjakan harta melalui jihad dan perjuangan menegakkan Islam, tetapi turut mencakupi amalan bersedekah, menunaikan zakat, menderma, wakaf, bersedia membelanjakan harta kepada ahli keluarga dan kaum kerabat serta sumbangan kebajikan demi kepentingan masyarakat umum terutamanya kepada anak-anak yatim dan orang-orang miskin.


Amalan kedua yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam hadis di atas, ialah menimba ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang di tuntut untuk kita menimbanya termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi kerana Islam mementingkan antara keperluan dunia dan akhirat. Islam menggalakkan umatnya supaya menuntut ilmu pengetahuan kerana setiap amalan dapat dilakukan apabila seseorang itu menuntut ilmu. Allah S.W.T juga mengangkat martabat bagi seseorang muslim yang berilmu berbanding mereka yang tidak berilmu.


Selain itu, para malaikat dan seluruh makhluk akan turut mendoakan sesiapa yang menghadiri majlis ilmu. Hanya dengan ilmu pengetahuan seseorang individu muslim itu dapat melaksanakan ibadat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa keraguan di samping meningkatkan tahap keimanan kepada-Nya. Rasulullah s.a.w juga banyak menerangkan kepada umatnya mengenai kelebihan menuntut ilmu. Antaranya sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud;


“ Tuntutlah ilmu kerana amalan menuntut ilmu akan menghmpiri dirimu kepada Allah, mengajarkan ilmu kepada orang lain satu amalan sedekah. Sesungguhnya ilmu itu akan mengangkat seseorang ke darjat kemuliaan dan kebijaksanaan. Ilmu itu juga akan menjadi perhiasan indah orang berilmu di dunia dan akhirat."


Oleh itu, kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w hendaklah mengikuti apa yang diberitahu oleh baginda sepertimana hadis di atas yang menyebut kelebihan menuntut ilmu pengetahuan. Antaranya dengan cara sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu, selalu berjumpa dengan para ulama’, membaca kitab-kitab agama serta mendalami ilmu-ilmu fardu ain dan fardu kifayah seperti ilmu perubatan, ilmu undang-undang, ilmu ekonomi, ilmu politik dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini sangat penting bagi kita kerana dapat memberi kesejahteraan hidup di dunia dan yang lebih penting lagi kehidupan di akhirat kelak.


Seterusnya perkara ketiga yang pahalanya berterusan selain amalan bersedekah dan menimba ilmu pengetahuan ialah doa dari anak yang soleh kepada kedua-dua ibu bapanya yang sudah meninggal dunia. Anak-anak yang soleh merupakan harta sangat bermakna dan juga harta pelaburan jangka panjang bagi mereka yang bergelar ibu bapa. Seseorang muslim hendaklah mengasuh dan mendidik anak-anaknya supaya sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T dan menjadi anak yang baik dan soleh.


Selain itu, para ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka supaya sentiasa berdoa terutamanya mendoakan kesejahteraan bagi keduanya. Alangkah beruntungnya apabila seseorang yang bergelar ibu atau bapa sudah meninggal dunia, kemudian anaknya yang masih hidup pula sentiasa mendoakan kesejahteraan bagi mereka. Mengikut pendapat jumhur ulama’, pahala amalan doa daripada orang yang masih hidup di dunia akan sampai kepada orang yang sudah meninggal dunia. Oleh itu, anak-anak perlulah sentiasa mendoakan ibu bapanya yang sudah meninggal dunia supaya mereka sentiasa berada di dalam kesejahteraan di alam akhirat.


Secara kesimpulannya, setiap umat Islam hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan membuat persediaan awal sebelum tiba saat kematian. Antara amalan-amalan penting yang merupakan pahala berterusan setelah kita meninggal dunia ialah amalan sedekah jariah, menimba ilmu dan amalan doa dari anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya yang sudah meninggal dunia. Amalan-amalan ini telah di sebut oleh baginda Rasulullah s.a.w di dalam Sahih Muslim sebagai sumber panduan yang amat berguna untuk kesejahteraan kita sebagai umatnya. Wallahua’lam.


Monday, November 16, 2009

kiamat kecil 3





Assalamualaikum..

Kehidupan selepas kematian merupakan suatu hakikat yang pasti berlaku bagi setiap roh manusia. Peritiwa-peristiwa tersebut telah nyata termaktub dalam al-Quran dan juga as-Sunnah. Alam yang akan di tempuhi oleh roh selepas kematian ialah alam Barzakh atau alam kubur. Semasa di di sinilah setiap roh akan mengalami fitnah kubur iaitu ujian pertanyaan kepada roh yang akan di soal oleh dua malaikat yang telah ditugaskan oleh Allah S.W.T. Malaikat tersebut ialah malaikat Munkar dan Nakir.

Antara pertanyaan-pertanyaan yang akan di tanya oleh mereka kepada setiap roh ialah mengenai Rabb (Tuhan) mereka dan juga Nabi mereka. Daripada ujian inilah akan diketahui golongan yang benar-benar beriman yang akn mendapat nikmat kubur dan golongan yang tidak beriman yang akan mendapat azab kubur. Perkara ini merupakan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang wajib diyakini oleh setiap mukmin. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam Barzakh merupakan perkara Sami’yat iaitu perkara ghaib. Mempercayai perkara-perkara ghaib adalah salah satu ciri yang perlu dimiliki oleh seseorang muslim, supaya dapat memperoleh hidayah dari Allah S.W.T dengan mudah. Sebagaimana firmanNya dalam al-Quran :

“Orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, menunaikan shalat dan menginfaqkan sebagian yang Kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka pula beriman kepada apa yang diturunkan kepada mereka (Al Qur’an) dan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat. Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Rabb mereka dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah al-Baqarah:3-5)


Dalil yang menunjukan adanya fitnah kubur, diantaranya. Firman Allah S.W.T:

“Allah meneguhkan dengan al qauluts tsabit kepada orang-orang yang beriman dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.”(Surah Ibrahim: 27)

Perkara-perkara yang berlaku di alam Barzakh seharusnya dipercayai oleh setiap muslim supaya tidak mendapat azab di dalamnya. Pelbagai hadis yang di khabarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w kepada umatnya mengenai keadaan roh ketika di alam Barzakh atau alam kubur. Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata:
"Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai ke kubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur". Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan redhaNya."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi: "Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatas bumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang harum ini?" Dijawab: "Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh, maka Allah berfirman: "Catatlah suratnya di illiyyin. Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya."

Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua Malaikat untuk bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: Allah Tuhanku. Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Agamaku Islam" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Dia utusan Allah". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya" Maka terdengar suara: "Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju kesyurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata." Kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: "Terimalah khabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu." Lalu bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Saya amalmu yang baik." Lalu ia berkata: Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Adapun hamba yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akihirat, maka turun kepadanya Malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk dimukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang Malaikulmaut dan duduk disamping kepalanya lalu berkata: "Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah." Maka tersebar disemua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?" Dijawab: "Roh fulan bin fulan." dengan sebutan yang amat jelek sehingga sampai dilangit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w membaca ayat: "Laa tufattahu lahum abwabus samaa'i, wala yad khuluunal jannata hatta yalijal jamalu fisamil khiyaath." (Yang Bermaksud) "Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum."

Kemudian diperintahkan: "Tulislah orang itu dalam sijjin." Kemudian dilemparkan rohnya itu bagitu sahaja sebagaimana ayat "Waman yusyrik billahi fakaan nama khorro minassama'i fatakh thofuhuth thairu au tahwi bihirrihu fimakaanin sahiiq." (Yang bermaksud) "Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin kedalam jurang yang curam."

Kemudian dikembalikan roh itu kedalam jasad didalam kubur, lalu didatangi oleh dua Malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: ""Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu". Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Saya tidak tahu". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu" Maka terdengar suara seruan dari langit: "Dusta hambaku, hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: "Sambutlah hari yang sangat buruk bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu." Lalu ia bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Aku amalmu yang buruk." Lalu ia berkata: "Ya tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan percepatkan kiamat."

Alfaqih Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-quran sukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah s.w.t. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan didalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas. Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk kedalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya Malaikat yang akan menyeksa iaitu yang buta, tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan seksa neraka itu tiap pagi dan petang."

Hadis-hadis diatas jelas menerangkan kepada kita bahawa setiap yang mati itu,rohnya akan mengalami dua keadaan sama ada mendapat nikmat dan kebahagiaan ataupun azab dan siksa.Perkara ini bergantung dengan amalan dan ibadah yang dilakukan semasa hidup didunia serta ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:

 Menjaga sembahyang lima waktu
 Banyak bersedekah
 Banyak membaca al-quran
 Memperbanyak bertasbih (Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:
 Dusta
 Kianat
 Mengadu-domba
 Menjaga kencing, kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya seksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)

Oleh itu setiap muslim hendaklah sentiasa beramal dan bertaqwa kepada Allah S.W.T dan melaksanakan segala perintahnya yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.Baginda s.a.w amat menyayangi umatnya sehingga pada akhir hayatnya.Baginda s.a.w telah berpesan kepada para sahabat pada khutbah terakhirnya "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Kesimpulannya,kita hendaklah sentiasa berpegang kepada al-Quran dan as-sunnah dan sentiasa mengingati mati agar kita semua mati dalam keadaan husnul-Khatimah , mudah mengucap kalimah syahadah dan mendapat nikmat di alam Barzakh kelak. Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Selain itu, Sufyan Atstsauri pernahberkata: "Siapa yang sering (banyak) memperingati kubur, maka akan mendapatkannya kebun dari kebun-kebun syurga, dan siapa yang melupakannya maka akan mendapatkannya jurang dari jurang-jurang api neraka.

wallahu a'lam. renung2 kan.

Thursday, November 12, 2009

kiamat kecil 2





assalamualaikum..

Kematian adalah suatu kemestian bagi setiap manusia di muka bumi ini dan merupakan kiamat kecil bagi manusia. Oleh itu, terdapat juga tanda-tanda kematian yang diberikan oleh Allah bagi sesiapa sahaja yang dikehendakinya sebelum tibanya saat kematian. Antara tanda-tanda tersebut ialah:


1)Tanda 100 hari sebelum mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah S.W.T kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walau bagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini sama ada mereka sedari atau tidak sahaja. Tanda ini secara lazimnya akan berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih yang mana jika kita perhatikan dengan teliti, daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar akan terdetik bahawa ini adalah tanda mati. Maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Manakala bagi mereka yang menyedari kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik bagi memperbanyakan amalan dan bertaubat terhadap Allah Taa’la sebagai persediaan untuk ke alam seterusnya iaitu alam Barzakh dan kehidupan yang lebih hakiki iaitu di akhirat kelak.



2)Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Walaupun, malaikat maut cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.


3)Tanda 7 Hari Sebelum Mati

Tanda ini akan hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

4)Tanda 3 Hari Sebelum Mati

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Selain itu, telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Manakala, telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


5)Tanda 1 Hari Sebelum Mati

Tanda ini akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun. Ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


6)Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Oleh itu, setiap umat Islam hendaklah memelihara dirinya daripada melakukan dosa-dosa besar dan berterusan melakukan dosa-dosa kecil supaya mendapat kemudahan untuk menghadapi kematian dan kebahagiaan kehidupan di sana..Sesungguhnya setiap manusia itu tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan perkara-perkara dosa yang dilakukan oleh hati dan pancainderanya. Justeru itu, kita hendaklah segera bertaubat kepadanya dengan cara menyesali segala dosa-dosa yang pernah dilakukan, serta memohon kemaafan daripada orang lain disamping bertekad tidak akan mengulanginya lagi.

Abu Talib Makki berpendapat bahawa dosa-dosa besar itu hanya merujuk kepada al-Quran dan al-Hadis. Beliau berpendapat dosa-dosa besar itu terbahagi kepada tujuh belas perkara yang dilakukan oleh pancaindera dan hati manusia iaitu:

Empat darinya adalah dari pekerjaan-pekerjaan hati iaitu

1. Mempersekutukan Allah S.W.T

2. Berterusan dalam melakukan maksiat terhadap Allah S.W.T.

3. Berputus asa dari rahmat Allah S.W.T

4. Merasa aman dan selesa dari rancangan Allah S.W.T

Manakala empat adalah dari pekerjaan-pekerjaan lidah iaitu:

1. Bersaksi palsu.
2. Melemparkan tuduhan zina terhadap orang yang suci dan bertaqwa
3. Yamin al-qhomus. Yang bermaksud sumpah yang membatalkan yang hak dan membenarkan yang batil (seorang yang menyebabkan harta seorang muslim itu di ambil secara zalim walaupun sebatang duri dari pokok kayu siwak.)
4. Sihir,iaitu dari perkataan ataupun perbuatan yang membalikkan sesuatu ‘ain (benda atau perkara) ataupun menukar seseorang manusia ( dari tidak suka menjadi suka atau sebaliknya ataupun menukar sesuatu dari asal keadaan sebagaimana ianya telah diciptakan.


Seterusnya,tiga lagi dari perut iaitu:1. Meminum arak dan minuman-minuman lain yang memabukkan
2. Memakan harta anak yatim dengan cara yang haram
3. Memakan riba’ dengan ilmu pengetahuan mengenainya.

Dua lagi dari kemaluan iaitu:

1. Berzina
2. Meliwat

Manakala dua lagi dari tangan iaitu:

1. Membunuh
2. Mencuri

Satu dari perbuatan kaki iaitu:

Melarikan diri dari medan pertempuran (dengan orang-orang kafir)Satu bagi seluruh tubuh iaitu:

Menderhakai kedua ibu bapa termasuklah melawan kata-kata mereka, memukul mereka dan tidak menunaikan hak-hak mereka seperti tidak memberi makan kepada mereka ketika mereka lapar.

Terdapat banyak kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan bagi umat Islam terutamanya ketika di zaman baginda Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya kisah seorang lelaki yang bernama Alqamah sukar untuk mengucap dua kalimah syahadah ketika matinya, kerana dia mengutamakan isterinya dari ibunya sendiri. Alqamah ialah seorang yang amat taat kepada perintah Allah, rajin mengerjakan solat, berpuasa, berzikir dan bersedekah. Walaupun dia seorang yang sentiasa mentaati Allah, tidak melupai tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bapa, dan anak namun ketika dia sedang nazak dia sukar untuk mengucap dua kalimah syahadah. hal ini disebabkan dia melebih-lebihkan isterinya dan kurang memberi perhatian kepada ibunya sendiri. Hal ini menyebabkan ibunya berasa marah terhadapnya. Lalu Rasulullah menyuruh Bilal dan sahabat-sahabat yang lain supaya mencari kayu api untuk membakar Alqamah di hadapan ibunya.


Ibu Alqamah terkejut mendengar kata-kata baginda s.a.w. Kemudian baginda Rasulullah s.a.w menjelaskan lagi bahawa siksa Allah adalah lebih dahsyat dan kekal. Baginda menyuruh ibu Alqamah supaya memaafkan anaknya itu, agar segala ibadah yang dilakukan oleh Alqamah seperti solat, puasa dan sedekah tidak sia-sia tetapi di terima oleh Allah Taa’la serta tidak mendapat azab siksa dariNya. Setelah mendengar ulasan baginda s.a.w, ibu Alqamah terus memaafkan segala dosa-dosanya yang pernah dilakukan terhadapnya. Selepas ibunya memaafkan dosa-dosanya, dengan izin Allah S.W.T, Alqamah dapat mengucap dengan baik.


Kisah diatas menunjukkan bahawa, keredhaan Allah S.W.T seiring dengan keredhaan ibu, dan begitu juga kemarahan Allah seiring kemurkaan ibu. Seperti kata pepatah, "syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu”. Pengajaran yang diperolehi daripada kisah ini ialah setiap manusia hendaklah berbuat baik pada ibu mereka tanpa mengabaikan mereka. Walaupun kita hidup di dunia ini penuh dengan beribadat kepada Allah S.W.T, namun sekiranya kita tidak berbuat baik kepada ibu atau bapa akan menyebabkan segala ibadat yang dilakukan itu hanyalah sia-sia sahaja dan tidak diterima olehNya.


Kesimpulanya, setiap muslim hendaklah sentiasa mengingati kematian kerana perkara itu pasti berlaku kepada kita. Allah S.W.T juga telah memberikan tanda-tanda tertentu supaya kita tidak terus terleka kepada kenikmatan dunia dan melupakan kehidupan yang lebih abadi di akhirat kelak. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa beribadat dan bertaubat kepada Allah Taa’la dan tidak melakukan perkara-perkara dosa dan maksiat. Contohnya, meminum arak, membunuh, berzina dan menderhakai ibu bapa. Dosa-dosa tersebut jika kita berterusan melakukannya dan tidak bertaubat dengan segera akan mengundang kemurkaan Allah S.W.T seperti sukar untuk mengucap ketika nazak dan mendapat azab siksaNya di akhirat kelak.

wallahu a'lam. sama2 lah kita renung2kan.

Tuesday, November 10, 2009

kiamat kecil 1

Assalamualaikum..

sedikit coretan buat teman2 untuk sama2 kita merenungi dan saling mengingati. insyaAllah.


Beriman kepada Hari Kiamat merupakan perkara yang wajib bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan rukun iman yang kelima. Justeru itu, barangsiapa di kalangan umat Islam yang mengingkarinya akan termasuk di kalangan orang-orang yang kafir, sebagaimana firman Allah Taa’la di dalam surah An-Nisa’, 136:


“ Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab-kitab yang diturunkan-Nya kepada Rasul-Nya, serta kitab yang diturunkanNya sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan Hari Akhirat, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya”


Namun begitu, kiamat terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1. Kiamat Kubra ( Kiamat besar )
2. Kiamat Sughro ( Kiamat kecil )


Kiamat Kubra bermaksud kiamat besar. Perkataan ‘Kubra’ berasal daripada perkataan bahasa Arab “kabara-yakburu-kabron” yang bermaksud besar. Kiamat besar merupakan kiamat menyeluruh yang disebut di dalam Al-Quran. Pada waktu inilah seluruh makhluk di langit dan di bumi akan hancur-lebur dan binasa. Firman Allah Taa’la:


“Setiap yang ada di bumi akan binasa.Dan akan tetap kekal zat Tuhanmu yang memepunyai kebesaran dan kemuliaan” (Surah ar-Rahman:26-27)



Para ulama berpendapat bahawa dengan turunnya Nabi Muhammad s.a.w ke dunia menandakan hari kiamat telah hampir. Ini kerana baginda merupakan khotaman nabiyin (penutup kepada nabi-nabi). Juga sempurnanya syariat Allah yang menjadi pedoman manusia untuk hidup di muka bumi. Ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj, baginda s.a.w telah dipanggil oleh seorang wanita yang terlalu tua tetapi baginda tidak menyahutnya. Lantas baginda bertanya kepada Jibril a.s siapakah perempuan tua tersebut. Lalu Jibril menjawab itulah dunia dan perempuan tua tersebut ialah umur dunia.


Dalam membincangkan “waktu hampir kiamat” tidak ada satu kayu ukur yang jelas. Kalau mengambil kira kerasulan Nabi s.a.w bermakna telah 1429 tahun tapi dunia masih belum kiamat lagi. Ini sesuai dengan firman Allah :


“…sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung” (Surah al-Hajj:47)


Bila kejadian kiamat berlaku, hanya Allah saja mengetahui. Selepas berlakunya Hari Kiamat, seluruh manusia akan dibangkitkan semula di padang mahsyar untuk dihisab segala perbuatan dan amalan yang dilakukan sepanjang hidup di dunia walaupun hanya sekecil zarah. Sebagaimana firman Allah Taa’la dalam al-Quran:


“ Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah sekalipun, nescaya dia akan melihatnya ( balasannya ). Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah sekalipun nescaya dia akan melihatnya( balasannya). (Surah al-Zalzalah: 7 & 8)


Manakala, Kiamat Sughro pula ertinya kiamat kecil. Perkataan “sughro” berasal dari perkataan bahasa Arab “ soghuro-yasghuru-sighoron” yang membawa maksud kecil.Kiamat kecil ialah satu istilah yang digunakan bagi seseorang yang mengalami sesuatu peristiwa ketika orang itu meninggal dunia atau ketika orang itu ditimpa musibah yang hebat. Selain itu,kiamat kecil juga membawa maksud perpindahan alam dari dunia ke barzakh. Rasulullah Sallallahu A’laihi Wasallam pernah bersabda :


“ Orang yang mati telah datang kiamatnya sendiri “


Kematian merupakan salah satu daripada kiamat kecil yang dialami manusia. Apabila seseorang itu mati, rohnya akan keluar dari jasadnya. Peristiwa ini disebut sebagai ‘Sakaratul Maut’. Malaikat yang ditugaskan oleh Allah Taa’la untuk mencabut nyawa atau roh manusia ialah Malaikat Izrail a.s. Ia akan berlaku kepada setiap individu, tidak mengira agama atau bangsa.. Allah S.W.T juga ada menyebut di dalam al-Quran bahawa setiap jiwa manusia itu akan merasai mati.


Kematian adalah akhir daripada kegembiraan dan kesedihan, kekayaan dan kemiskinan, kejayaan dalam hidup dan kegagalan mendapatkan sesuatu, dan apa jua yang dilakukan oleh setiap manusia. Kata pepatah ada menyebut “Setiap orang memiliki tujuan, dan tujuan setiap orang yang hidup adalah kematian.” Oleh itu setiap apa yang dilakukan oleh manusia mestilah sebagai persediaan untuk menghadapi kematian.


Setiap mukallaf hendaklah setiasa bersedia sebelum tiba saat kematian, iaitu dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya, supaya mendapat balasan yang baik di akhirat kelak sebagaimana yang di janjikan oleh Allah Taa’la. Ajal seseorang adalah perkara yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu, seseorang manusia tidak boleh menangguh-nangguhkan beribadat dan membuat kebaikan kerana seseorang itu tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba.


Pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya:
“Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu sabda mereka :
1-Apabila kamu sedang solat, jagalah betul-betul fikiranmu.
2-Apabila kamu berada di rumah orang lain, jagalah matamu.
3-Apabila kamu berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidah kamu.
4-Apabila kamu menghadiri jamuan makan, jaga perangaimu.
5-Ingat kepada Allah S.W.T.
6-Ingatkan mati (buat persediaan sebelum mati)
7-Lupakan budi baik kamu terhadap orang lain.
8-Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap kamu.


Perkara-perkara di atas perlu bagi menjadi mukmin sejati yang sentiasa diredhai Allah Taa’la di dunia dan akhirat. Perkara pertama yang di beritahu kepada anaknya ialah solat, kerana perkara yang mula-mula di hisab di akhirat kelak ialah solat. Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda:


“Permulaan amalan hamba yang akan diperhitungkan pada hari kiamat ialah solat. Maka jika solatnya diterima, diterimalah semua amalanya yang lain. Dan jika solatnya ditolak, ditolaklah semua amalannya yang lain”


Beliau juga tidak lupa berpesan kepada anaknya supaya mengingati mati dengan cara membuat persediaan sebelum melangkah ke alam Barzakh. Ini menunjukkan mengingati mati adalah perkara yang penting bagi memperolehi kehidupan yang bahagia di akhirat nanti. Selain itu, untuk mendapat kenikmatan kehidupan di akhirat kelak umat Islam hendaklah beriman kepada keenam-enam Rukun Iman di samping melaksanakan kesemua Rukun Islam.


Mengingati kematian merupakan langkah terbaik bagi seseorang muslim bagi menjalani kehidupan dengan melakukan amal soleh dan menjadi insan yang sentiasa bertaqwa kepada Allah Taa’la. Dengan mengingati mati, seseorang muslim itu akan berasa takut dan gerun untuk membuat perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah kerana mereka yang melakukan kejahatan sepanjang hidup di dunia akan mendapat azab siksa dariNya di alam barzakh selain mendapat balasan neraka Allah S.W.T di akhirat kelak.


Setelah seseorang itu meninggal dunia, dia akan di masukkan ke alam lain yang merupakan permulaan bagi kehidupan yang kekal iaitu Alam Barzakh atau Alam Kubur. Alam ini merupakan tempat persinggahan sementara sebelum memasuki Alam Akhirat. Oleh itu, Alam Barzakh terletak antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Setiap individu manusia itu pasti akan melalui empat alam, iaitu:

1. Alam Ruh ( sebelum manusia dilahirkan ke dunia lagi)
2. Alam Dunia.
3. Alam Barzakh atau Alam Kubur
4. Alam Akhirat ( bermula sejak manusia dibangunkan dari Alam Barzakh dan seterusnya, iaitu di padang mahsyar dan alam syurga atau neraka).


Semasa di alam Barzakh ini, seseorang yang mati itu akan disoal oleh dua malaikat iaitu Malaikat Munkar dan Nakir a.s. Oleh itu, di alam ini seseorang itu menerima balasan baik dan siksa kubur berdasarkan jawapan-jawapan yang disoal oleh mereka. Soalan-soalan yang akan disoal adalah seperti siapakah Tuhanmu, siapakah Rasulmu, apakah agamamu, apakah pegangan hidupmu (kitab) dan sebagainya. Ketika itu, tidak ada seorangpun yang dapat berbohong. Semua pertanyaan yang disoal oleh mereka akan dijawab dengan jujur, sesuai dengan kenyataan yang di amalkan di dunia dulu.


Oleh itu, setiap muslim hendaklah sentiasa mengingati mati dengan cara beribadat dengan bersungguh-sungguh kepada Allah Taa’la. Antara ibadat-ibadat yang boleh mendekatkan diri seseorang muslim kepada Allah ialah memperbanyakkan membaca al-Quran serta maknanya, memperbanyakkan puasa sunat, sentiasa berzikir mengingati Allah, sentiasa menuntut ilmu-ilmu agama dari para alim ulama’ dan banyak lagi.

wallahu a'lam. sama2 kita renung2 kan..

Saturday, September 19, 2009

salam aidilfitri

assalamualaikum..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAP ZAHIR DAN BATIN..






















ikhalas drp:
atih hamidah

ilal liqa'.. =)

Wednesday, September 16, 2009

bertuahkah kita??

assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh..

Alhamdulillah hari nie da 26 ramadhan, da 26 hari kita semua menjalani ibadat dalam bulan yang penuh dengan rahmat, keampunan dan penuh dengan keberkatan.. lagi 3 hari kita semua akan menghadapi bulan syawal plak..

dunia hari ini penuh dengan pergolakkan, penuh dengan kekejaman, penuh dengan kemusnahan, penuh dengan kezaliman dan penuh dengan syaitan2 yang bertopengkan manusia..

kita hari ini bertuah masih berpuasa dan beraya dengan tenang, tetapi saudara mara kita di sana macam mana.. tak ada pakaian, makanan, apa kah hak kita terhadap saudara kita di sana..






















































gambar2 yang teramat menyayat hati, menyentuh perasaan, yang mengalirkan air mata.. kanak2 yang tidak bersalah, yang sepatutnya dilindungi namun telah menjadi mangsa kezaliman pihak yang KEJAM!! yang telah hilang rasa kemanusiaan, yang tiada hati dan perasaan, yang tidak takut dengan pembalasan TUHAN!!

namun begitu, kita di Malaysia pada hari ini perlu bersyukur kerana tempat kita masih aman walaupun keamanan ini belum pasti akan terjamin selamanya.. anak2 Malaysia masih bebas bermain, masih mampu ketawa girang, masih mampu hidup mewah, masih boleh blaja di sekolah2.. dan masih boleh bebas menyanyi, menari di pentas..

anak2 idola kecil 2008..









anak merdeka!!




sama2 lah kita renung2 kan..
wallahu a'lam..

Thursday, September 10, 2009

frequently asked questions

click to expand How To make a Zoom effect in Blogger?



There are many tricks to make zoom effect in blogger. One of theme is using Zoom effect with fancy zoom script. Please read my tutorial here!



click to expand How to make D'tree menu in Blogger?


There are many tricks to make D'tree menu in blogger. Please read my tutorial here!



click to expand How to make multi column on blogger template?


There are many tricks to make multi column on blogger template. Please read my tutorial here!



click to expand How to make make contact form on blogger?


There are many websites on the internet provide this service. One of theme is free service from http://www.emailmeform.com. Please read my tutorial here!

Monday, September 7, 2009

laila al qadar

assalamualaikum ya sohabi..

camne? dah bis khatam quran? hari ni dah 17 ramadhan kan. hari di mana diturunkan al quran [nuzul quran]. dan cuma tinggal lagi 13 hari untuk ramadhan meninggalkan kita. sedih sangat2 kan.. bulan yang penuh keberkatan akan berakhir. andai hayat kita panjang, boleh la jumpe next ramadhan, tp andai tak sempat?. so sementara ramadhan masih di sini, marilah kita sama2 mencari keberkatannya, memohon keampunan di pertengahan ramadhan ni dan sama2 mencari satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam al qadar [lailatul qadar].



Lailatul Qadr tersusun dari dua kata, lailah (lailatun) dan al­-qadr. Lailah artinya malam, sedang­kan al-qadr artinya asy-syaraf wal­izham (kemuliaan dan kebesaran).

Maka Lailatul Qadr artinya malam kemulian atau kebesaran, yang ke­muliaan dan kebesarannya tidak ada bandingnya. Ia mulia karena ter­pilih sebagai malam turunnya Al­Quran dan menjadi titik tolak segala kemuliaan yang dapat diraih.


Ada pula pendapat lain. Dalam ki­tab Tafsir al-Munir disebutkan, "Makna al-qadr adalah at-taqdir (penetapan). Dan Lailatul Qadr di­beri nama demikian karena Allah Ta' ala menakdirkan pada malam itu apa-apa yang dikehendaki-Nya be­rupa penetapan-Nya sampai tahun mendatang mengenai urusan maut, ajal, rezeki, dan sebagainya."

Tapi bukankah ditakdirkannya segala perkara itu pada malam Nish­fu Sya’ban? Jika timbul pertanyaan demikian, penjelasannya tertera da­lam kitab Tafsir ash-Shawi Juz IV
halaman 320, "Maka jika engkau berkata 'Sesungguhnya ditakdirkan­nya segala perkara itu pada malam Nishfu Sya'ban', jawabannya, 'Per­mulaan takdir adalah malam Nishfu Sya'ban, dan diserahkannya kepada para malaikat adalah pada Lailatul Qadr'."

Ada pula yang mengartikan bah­wa al-qadr adalah "sempit". Malam tersebut adalah malam yang sempit, kerana banyaknya malaikat yang tu­run ke bumi, seperti yang ditegaskan dalam surah Al-Qadr, "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan."

Ketiga erti tersebut pada hakikat­nya dapat menjadi benar semuanya. Kerana, bukankah malam tersebut adalah malam mulia; yang bila da­pat diraih ia menetapkan masa depan manusia, dan pada malam itu malaikat-malaikat turun ke bumi membawa kedamaian dan ketenang­an?

Malam ke berapa ia hadir?

Mengenai pada malam keberapa kemunculannya di bulan Rama­dhan, para ulama berbeza pendapat. Ada yang mengatakan, ia dapat mun­cul pada malam keberapa saja. Ada pula yang berpendapat, Lailatul Qadr itu berpindah-pindah pada sepuluh hari yang terakhir bu­lan Ramadhan. Pendapat lain me­ngatakan, ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepu­luh hari yang terakhir itu.

Ada juga yang mengatakan, di ma­lam ke21. Ada yang berpendapat, di malam ke23. Ulama lain mengatakan, di malam ke25. Sebahagian yang lain mengatakan, di malam ke27. Dan ada pula yang ber­pendapat bahawa ia muncul di malam ke29.

Masing-masing memiliki dasar atas pendapatnya sendiri. Di sini disebutkan salah satunya, iaitu pen­dapat yang mengatakan bahawa ia muncul di malam ke27. Beberapa hadits dan isyarat me­nguatkan pendapat ini. Diriwayat­kan dari Ibnu Umar RA, ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda, 'Barang siapa berusaha menuntutnya, hendak­lah ia menuntutnya pada malam ke­dua puluh tujuh'." (HR Ahmad).

Apakah, bila Lailatul Qadr hadir, ia akan ditemui setiap orang yang terjaga (tidak tidur) pada malam itu, meskipun tidak meng­isinya dengan ibadah?. Menurut keterangan-keterangan yang ada, ma­lam ini tidak akan ditemui oleh orang-orang yang tidak mempersiap­kan diri dan menyucikan jiwa menyambutnya. Kebaikan dan ke­muliaan yang dihadirkan oleh ma­lam ini tidak mungkin akan diraih kecuali oleh orang-orang tertentu saja.

Tanda2 lailatul qadar:

Mengenai tanda-tanda Lailatul Qadr, para ulama berbeza pendapat. Di antaranya, orang yang mendapati malam Lailatul Qadr melihat bahawa segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit bersujud kepada Allah. Ada juga yang mengatakan, tandanya adalah alam terang benderang walaupun di tempat-tempat yang gelap. Ada lagi yang mengatakan, orang yang mendapatkan malam itu mendengar salam para malaikat dan tu­tur katanya.

Sedangkan keterangan yang di­sebutkan dalam hadits adalah, pagi harinya matahari terbit dalam ben­tuk yang sangat putih bersih bagai bulan purnama, tidak memancarkan sinar yang keras, melainkan lembut saja. Siang harinya tidak terasa pa­nas, padahal matahari sangat cerah, terang benderang. Udaranya sangat nyaman, tidak panas dan tidak pula dingin.

Untuk mendapatkan keutamaan malam ini dan memperoleh pahala seribu bulan itu, tidak disyaratkan kita mengetahui bahwa malam itu adalah Lailatul Qadr, melainkan cu­kup adanya mushadafah (yakni ber­kebetulan atau bertepatan). Ertinya, jika amal-amal ibadah yang kita lakukan ternyata bertepatan dengan malam itu, bererti kita telah men­dapatkannya, meskipun kita tahu bahwa malam itu adalah Lailatul Qadr. Memang terkadang sebagian orang soleh "dibukakan" mengenai malam tersebut, tetapi itu tidak men­jadi syarat untuk memperoleh pahala seribu bulan.

Untuk menghasilkan terbukanya malam yang diberkati ini, AI-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin juz I halaman 242 mengatakan, "Dan Lailatul Qadr itu sebutan untuk suatu malam yang terbuka dengan nyata padanya se­suatu dari Alam Malakut, dan ia itu­lah yang dimaksud dalam firman Allah, 'Sesungguhya Aku turunkan dia pada malam kemuliaan'. Barang siapa meletakkan di antara hati dan dadanya kantung makanan (ertinya memenuhi perutnya), ia terdinding darinya.

Dan orang yang mengosong­kan perut besarnya pun belum men­cukupi baginya untuk mengangkat hijab sebelum dikosongkannya gerak hatinya dari segala sesuatu selain Allah Azza wa Jalla."

Dalam rangka menyambut ke­hadiran Lailatul Qadr itu, yang Nabi SAW ajarkan kepada umatnya anta­ra lain adalah melakukan i'tikaf di masjid. Walaupun dapat dilakukan bila2 saja dan dalam waktu berapa lama saja (bahkan ada yang menga­takan, walaupun hanya sesaat sela­ma ada niat yang suci), baginda selalu melakukannya pada sepuluh hari terakhir bulan puasa. Di sana­lah baginda bertadarus dan merenung sambil berdoa.

Lailatul Qadr yang ditemui atau yang menemui Nabi SAW pertama kali adalah ketika baginda menyendiri di Gua Hira, merenung tentang diri baginda dan masyarakat. Ketika jiwa baginda telah mencapai kesuciannya, turunlah ar-Ruh (Malaikat Jibril) membawa ajaran dan bimbingan ke­pada baginda, sehingga tejadilah per­ubahan total dalam perjalanan hi­dup baginda, bahkan perjalanan hidup umat manusia. Jadi, kalau kita ingin mendapatkan perubahan yang lebih baik dalam kehidupan kita, marilah kita manfaatkan kehadiran malam mulia ini sebaik-baiknya.

doa lailatul qadr: