Sunday, August 30, 2009

penjara marang

assalamualaikum buat sahabat-sahabiah yang ana kasihi..

entri ni ana tulis khas buat antum yang senantiasa mahu menghulurkan bantuan, pertolongan bagi yang memerlukan... cam ana skunk ni la.. ngah blur ni ttg proposal tesis ana.. ana kene submit sebelum 21/9..


crite bermulanya ana blur adalah apabila ustazah ana jugak merangkap bakal musyrif ana (nur salimah abu mansor) cadangkan ana wat tajuk berkait religiosity (penghayatan agama) seswai la ngan ana punye bidang (dakwah)..

pastu ustazah cakap lg ttg prison.. mmg menggerunkan.. siap bg cth subjek lg.. kes dadah.. ana ni org ganu, so ble ana pikir2 ganu ni de satu je prison iaitu kt marang.. so ana balik umah carik la maklumat ttg penjara marang tp malangnya teramat sedikit yg ana jumpe.. subjek kt penjara pun ana lum decide lg.. ana tak mau kes dadah.. kajian ni 2 thn.. takut la...



beberapa ari ana pikir de la decide tajuk tp subjek lum jugak jumpe.. tajuk yg ana bgtau ustazah ana iaitu _________ (rahsia antara kami la).. kang bgtau de yg kidnap tajuk ana.. hehe..

so ana nak2 la mitak tolong ngan antum yg mengetahui ttg penjara marang dan penghuni nye.. lau de blog ker, majalah ker, artikel ker.. yg berkaitan la.. leh tak bgtau ana.. ana skunk lum stat pun lg wat proposal.. da risau sgt2 nih.. lagipun bab2 penjara tak byk heboh lam intenet kan.. lau de tau ttg kajian terdahulu pun bagus gak..

antum tinggalkan komen au kt chat box ye.. sape yang kenal ana direct kat fon je ye.. ana amat menantikan pertolongan antum.. syukran sangat2 kat antum yang sudi tlg ana..









"PERJUANGAN bukanlah jalan yang singkat, mudah dan disambut dengan alunan kompang, atau dihampari dengan karpet merah.. Tapi ia adalah satu jalan yang hanya diambil oleh mereka yang sanggup mengorbankan harta, masa dan diri mereka bila sahaja diperlukan.. Jalan yang dipenuhi onak duri dan ranjau.. Dan mereka yang berada di atas jalan ini bukanlah mereka yang leka akan dunia yang fana ini.. Mereka sentiasa memastikan segala tindakan dan tingkah laku hanyalah utk membela PERJUANGAN ini.. Insyaallah.."






Tuesday, August 25, 2009

happy ramadhan

assalamualaikum..
alhamdulillah tahun ini kita jumpe lagi ramadhan.. tapi tahun depan belum tentu lagi kan.. so hayatilah ramadhan..





Daun jingga berguguran itu,

Adalah saksi betapa penjiwa soleh,

Merungkai segala kehendak ammarah,

Bergelut.. meronta mendidik jiwa,

Terluluh lantak nafsu pendosa,

Suci umpama seri anak kecil,

Yang lahir dari rahim si ibu.

Hening syahdu subuh…

Menyinsinglah fajar Redha…

Terhiaslah hari seawal pagi,

Dengan permata zikruLLah,

Serta bait-bait indah KalamuLLah.

Angin dingin beku.. sejuk menerjah,

Adalah bukti betapa sang mukhlis,

Mengatur langkah-langkah zuhud,

Mundar-mandir hari ke hari,

Pergi dan pulang dengan tekad,

Menyahut seru Illahi.

Sepi malam gelap.. pekat gelita itu,

Menyimpan erat satu rahsia,

Berdamping satu dengan satu.. berlutut, tangan menadah..

Khusyu’ Tawaddu’,

Tangis hamba memohon ampunan,

Dari Yang Esa.

Wahai hati…..

Berjanjilah dengan Ramadhan,

Segala rahmah & maghfirah yang terperah dari-mu,

Bukan kerja sia-sia, bukan jua hiasan sementara…

Biar tersemai, kukuh..ampuh di lubuk sanubari,

Buat menempuh hari-hari mendatang.

Andai jiwa tidak lagi ketemu-mu…

Salam rindu teramat aku buat-mu….

Semoga lelah ku di malam-malam-mu,

Bisa sahaja buat aku tersenyum bila bersua tuhan...

Rabbul Alamin….

-aNas-






Ramadhan datang lagi,

Membawa seribu erti,

Menguji jati diri,

Sejauhmana cinta pada Ilahi

Ramadhan datang lagi,

Mengusir segala sunyi sepi diri,

Dinihariku yang malap kini kian berseri,

Dengan tasbih, selawat dan tahmid suci.

Ramadhan,

Datangmu memang kunanti,

Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,

Segar mengharum di bingkai rohani,

Menjadi inspirasi pengabdian diri ,

Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,

Allah Rabbbul’alamin.

Ramadhan,

Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,

Walaupun kau pasti akan pergi lagi,

Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,

Dan hanya akan datang menjengah kembali,

Dengan membawa malam seribu erti,

Pada tahun hadapan nanti.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,

Wa Marhaban Minkum

Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,

Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,

Melaksanakan Sunnatullah,

Menjauhi mungkar dan larangan Allah,

Agar.. biar lahirku nanti selepas Ramadhan,

Laksana bayi yang suci bersih,

Tanpa noda dan dosa.

Kiriman Baitie_Nur

Thursday, August 20, 2009

hari al quds sedunia


Salam alaikum...


Alhamdulillah tadi kat sekolah ana sudah pun meraikan HARI AL QUDS SEDUNIA. kami raikan pada 20 ogos kerana 21 ogos cuti sekolah telah pun bermula. rasa terharu, sedih, geram dan gembira bercampur baur dalam diri ana apabila melihat anak2 al amin kemaman begitu bersemangat dalam memperjuangkan Islam dan dalam usaha membela nasib palestin dan anak2 palestin, yang mungkin seusia mereka.. siap ada gimik lagi... heheh..



aktiviti sempena hari al quds sangat menarik, plajar tahun 1 dan 2 membuat kolaj bendera palestin.. tahun 3,4 dan 5 membuat poster.. sangat menarik dan sangat mengharukan. selain itu, ada persembahan dari tahun 1 (nasyid).. tahun 2 & 3 (sajak).. tahun 4 & 5 (nasyid & sketsa).. selain itu, plajar tahun 4 & 5 juga mengedarkan risalah kepada penduduk berdekatan.. manakala plaja smi al amin pula buat perarakan.. kutipan derma pun ada..


itulah serba sedikit acara yang kami jalankan hari ni dalam usaha untuk membantu rakyat palestin dan dalam usaha untuk menanamkan rasa benci terhadap zionis dalam diri anak2 al amin..



jadi buat sahabat sahabiah yang sudi membaca blog ana ni, bersama2lah kita berdoa untuk kesejahteraan palestin.. boikot barang2 israel dan sekutunya..





dan jangan lupa qunut nazilah untuk israel.. hancur israel!!!!




Lafaz doa qunut nazilah adalah seperti berikut:


اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.


Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.


اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك


Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.


يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين


Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!


اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.


اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك


Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.


اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار


Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.


وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين



dan kat sini ana ada sedikit info tentang hari al quds yang ana cedok dari http://www.freewebs.com/roq06/


21 ogos setiap tahun merupakan hari al quds sedunia yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila. Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap masjid Al-Aqsa yang disucikan.Begitulah nasib tanah suci Umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh “Israel” Sang Perampas.


Sebagai umat Islam, isu Palestin merupakan isu ‘Akidah yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Kiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah.

Hari ini Palestin berada dalam tangan musuh Islam, Zionis “Israel” yang telah merampasnya dari tangan umat Islam. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.


Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian kita, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan utama yang akan menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin. Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk mewar-warkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam. Kita berharap progam ini akan menggerakkan masyarakat yang sedar untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.


Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang berkorban demi Islam dan berusaha keras mempertahankan Islam, tanahairnya, kesucian dan maruahnya dan umatnya. Amin.


Friday, August 14, 2009

secebis doa untuk anak2ku

assalamualaikum...

secebis doa ini khas ana tujukan untuk pelajar2 tahun 6 SRI Al Amin Kemaman.. selamat menempuhi peperiksaan UPSR dan insyALLAH najah..

Ya ALLAH..
KAU permudahkanlah pembelajaran anak-anakku ini,
agar dia bisa mencelup berjuta ilmuMU..

KAU tenangkan mindanya,
agar dia berkayuh di atas bumiMU sebaik yang mungkin..

KAU sucikan hati dan fikirannya,
agar dia bisa menghafaz ayat2 kitabMU..

KAU jauhkan zahir dan batinnya dari maksiat,
agar dia merasai betapa manisnya hidup bersama ILAHI..

salam imtihan dari muallimah hamidah.. =)

Wednesday, August 12, 2009

kelebihan ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

2. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

3. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

4. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

5. Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga".

6. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.