Sunday, April 26, 2009

kerana sehelai bulu mata


Diceritakan di Hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tidak pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada . Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."


Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang,"

Disusuli dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yang merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan memegang"

Kaki pula menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu Mata.."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL..
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT.




Wallahu a'lam..

Friday, April 17, 2009

nak2 pekse dah..

assalamualaikum ya sahabat dan sahabiah..

pertama-tamanya ana nak2 mitak maap coz tayangkan muka2 comey2 dan encem2 antum sekalian kat blog 'buruk' ana nih..
anggap la ni satu penghargaan dan kenang2an dari diri ana yang dhoif ni tuk antum semua.. al-maklum la kite semua da final year kan..
sedey ngat rasenye, tp kite semua kene redha disebalik pertemuan adanya perpisahan..
perpisahan yang hanya pada jarak namun tidak sekali-kali pada ukhwah kita..
ukhwah yang selamanya utuh dan kukuh..

erm 19 april da stat pekse, camner da get ready ke?? kot masih sibuk ngan tesis (cyan ngat).. hehe.. papepun ana doakan moga antum dapat arrange mase tuk final exam dan tuk tesis ngan baik.. jangan wat satu keje lg satu ditinggalkan.. tp elakkan wat kedua2 dlm satu mase (kang celaru, sape susah.. antum jugak.. ana relax jer.. hehe).. tp paling penting jangan tinggal kan dua2, parah antum nanti..

dikesempatan yang ana ade nih, sblm ana sambung study (hehe, ye ker study.. padahal main byk nih.. ntah bile nak2 insaf.. huhuhu..), ana nak2 ucapkan SEMOGA BERJAYA DALAM FINAL EXAM (19/4-2/5) khusus wat sahabat dan sahabiah degree dakwah (mention name sket erk, name glamer jer) along, muni, aida, kak ita, mahan, neng, yam, izan, fazilah, kak ah, fitri, kak aida, haina, ayu, kak tipah, akma, kak lela, aza, cah, rina, jijah, mahir, kak ana, kak dila, nurul, kak ila, kak pinah, pyan, apis, bol, cman, saleh, nik, jamil, suhail, bachok, pie, syafiq dan ijan..
(huh, penat duk sebut name) hehe..

jom tengok sket muke2 plaja yang glemer..



Ikhwah kls ana, de lg tapi ntah mana yang lain menghilang.. malu kot, cam tau2 je kan ana nak2 taruk muke deme lam blog 'buruk' nih.. hehe.. 'dakwah itu indah' (bak kata ustaz pie)




ini plak akhawat yang cantik2, cun melecun dan comey2.. memang indah la 'dakwah' ni coz de akhawat yang 'indah2' dalam ijazah sarjana muda pengajian islam (dakwah).. kan.. =)


ni plak ucapan sket khas jugak wat rumate ana yg tercayang.. study la, main pe tu.. hehe.. tehah, good luck tau moga kita same2 cemerlang lam pekse kali nih.. meskipun i da nak2 abis, u lum abis, u jangan nangis tau.. kang same2 nangis banjir bilik kite nih.. maner pulok nak2 duk karang kang.. tehah, ingat tau dorang bley wat yang terbaik so tehah jugak leh wat yang lagi terbaik daripada dorang sumer.. chiyok2 tehah!! (dier ni budak tesl, kdg2 skiping gok (speaking la), tu pasal la ana duk i u i u je nih.. hehehe..)





Bismillahi rahmani rahim..

segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta, selawat dan salam kepada semulia-mulia Nabi dan Rasul begitu juga kepada keluarga dan para sahabatnya sekalian.

1. doa ketika mengikuti peperikasaan
"oh tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan permudahkanlah urusanku"

2. doa ketika hendak mengulangkaji pelajaran
"Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan pengertian. bukakanlah kepadaku makrifatMu, dan permudahkanlah bagiku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling Pengasih di antara yang pengasih"

3. doa penerang hati
"Ya Allah terangilah hatiku dengan cahaya penunjukMu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahariMu selama-lamanya, Ya Allah yang maha Mengasihani"


“Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”




Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.





Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

sekian dari ana.. wassalamualaikum..

Monday, April 13, 2009

12 azab meninggalkan solat

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.


Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.


Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).


Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.


semoga kita semua dipelihara dari azab-azab siksaan Allah.. ameen.

12 halangan menuntut ilmu




Ilmu adalah cahaya yang dikurniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu disisi Allah adalah lebih tinggi beberapa darjat. Hanya orang-orang yang berilmu & berakal lah dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta beserta segala isinya.

Demikian mulia kedudukan orang yang berilmu sehingga Rasulullah meriwayatkan dalam sebuah hadis :

"Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu maka Allah mudahkan jalannya menuju syurga. Sesungguhnya malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit maupun di bumi sehingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, Yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yangmengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bahgian yang paling banyak."
Siapa kah orang yang tidak mau di doakan oleh malaikat dan makhluk-makhluk Allah yang ada di bumi?? Sungguh hal tersebut adalah suatu kemuliaan yang besar.

Seperti kata pepatah “No pain, no gain” (tidak ada yang akan kita dapatkan tanpa pengorbanan), maka untuk mencapai kemuliaan yang bernama ilmu itu pasti ada cubaan yang harus kita hadapi..

Berikut ini adalah beberapa hal yang dapat menghalangi sampainya kemuliaan ilmu kepada seseorang :

1. Niat yang rosak

Niat adalah dasar dan rukun amal. Apabila niat itu rosak maka rosaklah seluruh amalannya. Sebagaimana sabda Rasulullah “Amal itu tergantug niatnya, dan seseorang akan mendapatkan apa yang diniatkan…”
Imam Malik bin Dinar (wafat th.130 H) rahimahullah mengatakan,”Barangsi apa mencari ilmu bukan kerana Allah Ta’ala maka ilmu itu akan menolaknya hingga ia dicari hanya kerana Allah.

2. Ingin Terkenal dan Ingin Tampil

Cuba kita ingat mungkin terkadang saat kita belajar terdetik di hati kita “Supaya jadi ranking #1 atau jadi juara umum dan dikenal orang?? Ya, ingin terkenal dan ingin tampil adalah penyakit kronik. Tidak seorang pun yang boleh selamat darinya kecuali orang-orang yang dijaga oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Hal itu lebih dikenal dengan sebutan riya'. Rasulullah sangat khawatir adanya penykit ini pada umatnya. Kerana seringkali penyakit itu halus hingga muncul tanpa kita sadari, hingga Rasulullah mengibaratkan bahwa penyakit riya' itu seperti semut hitam, di batu hitam pada malam yang gelap. Bayangkan, hampir tak kelihatan kan?? So, be careful…

Rasulullah bersabda, "sesuatu yang paling aku takutkan menimpa kalian adalah kesyirikan dan syahwat tersembunyi."

Mahmud bin Ar-Rabi berkata : “syahwat yang tersembunyi maksudnya adalah seseorang ingin senang apabila kebaikannya dipuji oleh orang lain. Hendaknya kita behati-hati terhadap penyakit ini, karena Allah memperingatkan dalam sebuah hadis yang disampaikan oleh Rasulullah Salallahu’alaihi Wassallam :
“Barangsiapa yang menyiarkan amalnya, maka Allah akan menyiarkan aibnya. Dan barangsiapa yang beramal kerana riya' maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat.” Naudzubillahi mindzalik.

3. Lalai Menghadiri Majlis Ilmu

Jika kita tidak memanfaatkan majlis ilmu yang dibentuk dan pelajaran yang disampaikan, nescaya kita akan gigit jari sepenuh penyesalan. Kalau kebaikan yang ada di majlis ilmu hanya berupa ketenangan dan rahmat Allah yang meliputi mereka, maka dua alasan itu saja seharusnya sudah cukup sebagai pendorong untuk menghadirinya. Apalagi jika seseorang mengetahui bahawa orang yang menghadiri majlis ilmu –insyaAllah- mendapatkan dua keberuntungan, iaitu ilmu yang bermanfaat dan ganjaran pahala di akhirat!

4. Beralasan dengan banyaknya kesibukan

Alasan ini seringkali dijadikan syaitan sebagai alasan menjadi penghalang dalam menuntut ilmu. Cuba dihitung, Allah memberikan kita 24 jam, 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk istirehat, masih ada 8 jam lagi… apa yang selama ini telah kita lakukan untuk memanfaatkan sisa waktu itu???

5. Menyia-nyiakan kesempatan belajar di waktu kecil.

Allah Ta’ala berfirman : "Dan beribadahlah kepada Rabb-mu hingga datangnya kematian.” (QS.Al-Hijr : 99)
Kerana itu, mari kita semua para remaja, maupun orang tua, lelaki maupun wanita, kita bertaubat pada Allah Ta’ala atas apa yang telah luput dan berlalu. Sekarang, kita mulai menuntut ilmu, menghadiri majlis ta’lim, belajar dengan benar dan sungguh-sungguh dan menggunakan kesempatan sebaik-baiknya sebelum ajal tiba.

Ketika ditanya pada Imam Ahmad, "Sampai bilakah seseorang harus menuntut ilmu?” Beliau pun menjawab "sampai meninggal dunia.”

6. Bosan dalam menuntut ilmu

Diantara penghalang menuntut ilmu adalah merasa bosan dan beralasan dengan berkonsentrasi mengikuti peristiwa yang sedang terjadi. Ilmu yang kita cari seharusnya mendorong kita untuk mengetahui keadaan kita sendiri. Kita tidak akan boleh mengatasi berbagai masalah dan musibah yang menimpa kecuali dengan meletakkannya pada timbangan syariat. Seorang penyair mengatakan : "Syariat adalah timbangan semua permasalahan dan saksi atas akar masalah dan pokoknya”

Bosan itu adalah penyakit. Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit melainkan ada ubatnya. Tidaklah musibah terjadi melainkan ada penyelesaiannya dalam Al-Qur’an dan Sunnah. Oleh kerana itu, kita harus melawan rasa bosan yang terkadang timbul saat kita belajar. Belajarlah sampai Anda mendapatkan nikmatnya ilmu.

7. Menilai Baik Diri Sendiri

Maksudnya adalah merasa bangga apabila dipuji dan merasa senang apabila mendengar orang lain memujinya.

Allah TA’ala berfirman : "Maka janganlah kamu merasa dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (QS. An-Najm : 32)

8. Tidak Mengamalkan Ilmu

Tidak Mengamalkan Ilmu merupakan salah satu sebab hilangnya keberkahtan ilmu. Allah Ta’ala benar-benar mencela orang yang melakukan ini dalam firmanNya : "Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan hal yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian Allah bahwa kamu mengatakan apa saja yang tidak kamu kerjakan" (QS.Ash-Shaff : 3)

9. Putus Asa dan Rendah Diri

Allah berfirman : “Dan Allah mengeluarkankamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.” (QS. An-Nahl : 78)

Putus Asa dan Rendah Diri adalah salah satu penghalang ilmu. Semua manusia diciptakan dalam keadaan sama yang tidak mengetahui sesuatu pun. Jangan merasa rendah diri dengan lemahnya kemampuan menghafal, lambat membaca atau cepat lupa.
Selain itu menjauhi maksiat adalah sebab paling utama dalam menguatkan hafalan dan memperoleh ilmu.

10. Terbiasa Menunda-Nunda

Yusuf bin Asbath rahimahullah mengatakan : Muhammad bin samurah pernah menulis surat kepadaku sebagai berikut : "Wahai saudaraku janganlah sifat menunda-nunda menguasai jiwamu dan tertanam di hatimu karena ia membuat lesu dan meruosak hati. Ia memendekkan umur kita, sedangkan ajal segera tiba… Bangkitlah dari tidurmu dan sadarlah dari kelalaianmu! Ingatlah apa yang telah engkau kerjakan, engkau perlekehkan, engkau sia-siakan, engkau hasilkan dan apa yang telah engkau lakukan. Sungguh semua itu akan dicatat dan dihisab sehingga seolah-olah engkau terkejut dengannya dan engkau sedar dengan apa yang telah engkau lakukan, atau menyesali apa yang telah engkau sia-siakan.”

11. Belajar kepada Ahlul Bid’ah

Seorang penuntut ilmu tidak boleh belajar pada ahlul bid’ah kerana ahlul bid’ah merasa redha terhadap sesuatu yang menyelisishi agama Allah, seolah-olah ia mengatakan bahwa Allah Ta’ala belum menyempurnakan agama ini dan Rasulullah belum menyampaikan seluruh risalah.

12. Tergesa-gesa ingin memetik buah ilmu.

Seorang penuntut ilmu tidak boleh tergesa-gesa dalam usahanya memperoleh ilmu, kerana belajar adalah proses seumur hidup. Terutama yang berkaitan dalam masalah agama tidak cukup dilakukan dalam waktu satu atau dua tahun belajar.

Imam Yahya bin Abi Katsir rahimahullah mengatakan,"Ilmu tidak bisa diperoleh dengan tubuh yang dimanjakan”

Imam Ibnu Madini rahimahullah mengatakan,Dikatakan kepada Imam As-Sya’bi, Dari mana Anda peroleh semua ilmu ini?’ Beliau menjawab,"Dengan tidak bergantung pada manusia, menjelajahi berbagai negeri, bersabar seperti sabarnya benda mati, dan berpagi-pagi mencarinya seperti pagi-paginya burung gagak."

Sunday, April 12, 2009

12 barisan di akhirat

BARISAN PERTAMA


Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA


Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETIGA


Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEEMPAT


Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."


BARISAN KELIMA


Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM


Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETUJUH


Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KELAPAN


Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN


Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEPULUH


Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEBELAS


Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA BELAS


Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."